top of page

​

SEJARAH

Negeri Sabah atau Borneo Utara merupakan pulau ketiga terbesar di dunia yang terletak di bahagian timur Malaysia, dan terpisah daripada tanah Semenanjung oleh Laut China Selatan. Di utaranya ialah Laut Sulu dan timurnya ialah laut Sulawesi. Negeri Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia. Nama Sabah telah digunakan oleh para pedagang sejak akhir adab ke-14 semasa pemerintahan Sultan Bolkiah di Brunei (Gudgeon, 1913:7). Semasa pemerintahan kesultanan Brunei, negeri Sabah meliputi seluruh bahagian utara pantai barat, iaitu dari Sungai Sulaman (Tuaran) hingga ke Teluk Marudu yang meliputi sungai paitan, Sugut, Labuk, Sandakan, Kinabatangan, Mumiang, Kimanis, Benoni, Teluk Gaya, Teluk Sepanggar dan Pulau Banggi. Pelbagai cerita tentang asal usul nama negeri Sabah. Menurut cerita rakyat, nama negeri Sabah di ambil sempena nama sejenis pisang yang dikenali sebagai ‘pisang saba’. Orang Bajau menyebut pisang itu sebagai ‘pisang jaba’. Oleh sebab pisang itu terdapat banyak di Sabah (Kudat), mereka menamai negeri tersebut sebagai negeri Sabah (Abdullah Hussain, 1971: 14). Di samping itu, nama negeri Sabah ini juga dikatakan berasal daripada bahasa Arab. Orang Arab menyebut ‘Sabah’ sebagai sabat yang bermaksud tujuh kerana Sabah disangka Pulau yang ketujuh terbesar selepas benua Australia (Jasni, 1964: 11).Menurut pandapat lain, perkataan ‘Sabah’ berasal daripada perkataan orang Dusun Brunei dan Bisaya, iaitu ‘saba’ yang bermaksud hilir atau kawasan hilir.​

Sumber dipetik daripada:

Dayu sansalu. 2008. Kadazandusun di Sabah. Sabah: Dawama Sdn. Bhd. S​

http://www.sabahsell.com/sejarah-ringkas-negeri-sabah/ dalam Sabah Tanah Airku.​

​

KEPELBAGIAN ETNIK

Masyarakat Sabah Kepelbagaian etnik di Sabah menjadikan Sabah sebagai negeri yang menarik yang kaya dengan pelbagai adat tradisi yang diwakili oleh  sesebuah etnik. Lebih jenis  32 etnik terdapat di Sabah. Antaranya seperti Kadazan, Bajau, Murut, Suluk, Rungus, Orang Sungei, dan Bisaya yang merupakan antara etnik yang terkenal di Sabah. Taburan penduduk di Sabah mewakili sesebuah kawasan seperti kawasan persisiran pantai, lembah pantai dan pendalaman. Agama Islam, Kristian dan Pagan merupakan agama terbesar di Sabah.

Sumber dipetik daripada:

 

Sabah: http://sejarahmgcm.files.wordpress.com/2009/06/t1-nota-short-and-sweet-b11.pdf. ​

Yahaya Ismail. 2000. The cultural heritage of Sabah. Selangor: Dinamika Kreatif Sdn. Bhd.​

​​

​​SINOPSIS​

Kematian sering dianggap sebagai satu upacara adat dan ritual penting dalam kehidupan bermasyarakat, apatah lagi di Sabah yang sedia dimaklumi mempunyai keragaman dan kerencaman budaya tradisi. Setiap budaya peribumi di Sabah mempunyai cara-cara tertentu untuk memberi makna dalam proses pengurusan kematian. Cerita kematian tidak habis ketika si mati dikebumikan, ada proses lain yang dianggap tidak kurang pentingnya, yakni proses penyempurnaan dan tanda penghormatan kematian yang perlu disandarkan kepada upacara-upacara ritual, doa dan sajian selepas pengebumian. Sekiranya upacara berkenaan tidak sempurna maka, dipercayai akan timbul dampak negatif kepada orang yang ditinggalkan. Justeru, karya yang cukup dini sifatnya ini diusahakan untuk memberi satu gambaran akan ruang lingkup adat dan ritual kematian masyarakat Iranun, Bajau, Bisaya, Idahan, Bugis, Rungus dan Murut di Sabah. Upacara adat dan ritual berkenaan menuntut satu pemahaman terbuka akan cara kematian oleh setiap pendukung ritual tersebut.

Sumber dipetik daripada:

​

Saidatul nornis hj. Mahali. 2010. Adat dan Ritual Kematian di Sabah. Sabah: Utusan kinabalu Co. Sdn. Bhd.​

​ETNIK SABAH
Kepelbagaian etnik di Sabah menjadikan Sabah sebagai negeri yang menarik yang kaya dengan pelbagai adat tradisi yang diwakili oleh  sesebuah etnik. Lebih jenis  32 etnik terdapat di Sabah. Antaranya seperti Kadazan, Bajau, Murut, Suluk, Rungus, Orang Sungei, dan Bisaya yang merupakan antara etnik yang terkenal di Sabah. Taburan penduduk di Sabah mewakili sesebuah kawasan seperti kawasan persisiran pantai, lembah pantai dan pendalaman. Agama Islam, Kristian dan Pagan merupakan agama terbesar di Sabah.

​

​

Yahaya Ismail. 2000. The cultural heritage of Sabah. Selangor: Dinamika Kreatif Sdn. Bhd

bottom of page